
Penyelesaian dan Pengurangan Baki PTPTN Melalui Akaun 2 KWSP
Hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN untuk bantuan
Langkah mudah untuk membuat pembayaran PTPTN melalui akaun 2 kwsp. Ikut langkah yang diberikan di bawah.

Pastikan telah mendaftar i- akaun KWSP
Pendaftaran boleh dilakukan melalui kaunter KWSP atau atas talian dengan cara menghubungi Hotline KWSP. +603-8922 6000

Semak maklumat pinjaman( No Pinjaman) dengan pegawai PTPTN
Hubungi pegawai PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pinjaman untuk dilengkapkan dalam permohonan. klik disini untuk semakan.

Permohonan Sendiri Secara Atas Talian
Pemilik akaun boleh membuat sendiri permohonan pengeluaran simpanan untuk bayaran pinjaman ptptn. Klik disini untuk capaian permohonan.

Permohonan Melalui Eksekutif PTPTN
Permohonan pengeluaran KWSP juga boleh dibuat melalui Rakan Niaga (PTPTN) dengan menghubungi Eksekutif PTPTN dari cawangan terdekat atau boleh klik disini untuk bantuan Eksekutif PTPTN.