Image

PENGENALAN SSPN PRIME

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat keistimewaan seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihari rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak- anak mereka. selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPNI-i telah dikenali sebagai SIMPAN SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

KOD EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN : 000001901

( Sila catatkan KOD EKSEKUTIF PTPTN )

  • Pendeposit merujuk kepada Ibu/Bapa/Penjaga, manakala Penerima Manfaat merujuk kepada anak/jagaan.
  • Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dan berumur melebihi 18 tahun boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “AKAUN UNTUK DIRI SENDIRI” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
  • Sekiranya umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH”).
  • Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai.
  • Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  • Deposit pembukaan minima RM 20.
  • Pastikan anda masukkan KOD EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN : 000001901
Image

MAKLUMAT LANJUT

KEISTIMEWAAN
  1. Layak memohon pinjaman pendidikan;

  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;

  3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;

  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;

  5. Simpanan dijamin oleh Kerajaan;

  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan

  7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i.

 

Nota:

* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.